Yang kadar waktunya bukan pilihan
Tetapi telah ditentukan
Sejauh mana perjalanan
Sebelum sampai ke perhentian
:........ kematian!
Kematian satu...
Di sini
Tersedia sehebat dugaan
Sorong tarik iman dan syaitan
Saat hampir rohnya diambil malaikat
segalanya mudah dan selamat
tiada juga menanti
rumit kira bicara yang panjang
selepas melewati perhentian
mati... selesailah segalanya
jasad yang kian mereput
menjadi makanan generasi berikut
berdiri sebagai penumpang
mengharungi perjalanan
kematian dua
Di sini
Ceritanya berbeza
Semakin keras bergemuruh dada
Menghela nafas yang tersisa
Ada letusan takut membuak
Dalam cemas yang memuncak
Kerana inilah sesi terakhir ujian
Mencabar kepintaran iman
Capailah keputusan terbaik
Kerana ia menjadi penentu nasib
Selepas melewati perhentian
Di sini ditakdirkan kematian
Di “alam sana” baru bermula kehidupan
Kerana mati ....... bukan selesai segalanya

No comments:
Post a Comment