1. Pengenalan Para pelajar sekelian, pada bulan ini kita akan cuba membuat ualngkaji pelajaran yang telah diajar oleh guru semasa berada di Tingkatan Enam Rendah. Sebagai permulaan, kita akan mengulangkaji mengenai: a) Masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas. b) Masalah asas ekonomi. c) Keluk kemungkinan pengeluaran. d) Sistem ekonomi. 2. Masalah Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas. Akibat daripada sumber ekonomi yang terhad sedangkan kehendak manusia yang tidak terhad maka timbul masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas. Masalah Kekurangan Oleh sebab kehendak manusia adalah tidak terhad sementara jumlah faktor pengeluaran yang dimiliki adalah terhad, maka tidak semua barang dan perkhidmatan yang diperlukan atau dikehendaki oleh manusia dapat dikeluarkan. Dengan ini masalah kekurangan ini adalah berkaitan dengan terdapatnya kekurangan faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki oleh manusia untuk memenuhi semua kehendak manusia ini. Oleh itu wujudlah masalah seterusnya iaitu masalah pilihan. Pilihan Masalah Oleh sebab barang yang ingin digunakan oleh manusia adalah berbagai-bagai dan mereka tahu bahawa mereka tidak dapat memperolehi semuanya, maka mereka terpaksalah membuat pilihan. Bagaimanakah cara untuk membuat pilihan itu dibuat – bergantung kepada agen ekonomi. Contohnya pengguna, oleh kerana tujuan asasnya adalah untuk memaksimumkan utiliti (kepuasan), maka mereka akan menyusun barang yang diingini ini mengikut tingkat utiliti yang diperolehi dari barang tersebut. Barang yang mempunyai tingkat utiliti yang tertinggi diletakan dibahagian atas, kemudian diikuti oleh barang yang kedua dan seterusnya. Ini bererti bahawa barang yang akan dipilih oleh pengguna adalah barang yang mempunyai utiliti yang tertinggi sekali. Bagi firma pula, oleh kerana tujuan utama mereka ialah untuk memaksimumkan keuntungan, maka ia akan mengeluarkan barang yang akan menghasilkan tingkat keuntungan yang tertinggi sekali dan kemudian diikuti barang yang kedua dan seterusnya. Bagi kerajaan pula, ia bergantung kepada tujuan mereka. Jika kerajaan ingin memaksimumkan tingkat kebajikan masyarakat keseluruhannya, maka ia akan mengutamakan kepada barang yang akan menghasilkan tingkat utiliti yang tertinggi sekali bagi seluruh masyarakat tersebut. Masalah Kos Lepas Apabila masyarakat telah membuat sesuatu pilihan terhadap barang yang mereka inginkan, maka ada barang yang akan mereka perolehi dan ada barang yang tidak diperolehi. Masyarakat tidak boleh memiliki kesemua barang yang mereka inginkan kerana wujudnya kekurangan sumber ekonomi. Oleh itu barang yang terpaksa mereka lepaskan (tinggalkan) dinamakan kos lepas. 3. Masalah Asas Ekonomi Terdapat tiga masalah asas yang berlaku dalam sesebuah ekonomi, iaitu (a) Apa barang yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak (b) Bagaimanakah cara hendak mengeluarkan barang tersebut. (c) Untuk siapa barang dikeluarkan. Masyarakat perlu menentukan apa barang yang hendak dikeluarkan kerana wujudnya masalah kekurangan sumber ekonomi (faktor pengeluaran). Barang yang hendak dikeluarkan mestilah barang yang dapat memberikan kepuasan (utiliti) yang maksimumkan kepada masyarakat. Biasanya barang yang akan dikeluarkan bergantung kepada keinginan atau permintaan dari masyarakat itu sendiri. Setelah ditentukan barang yang hendak dikeluarkan, maka masyarakat perlu menentukan berapa jumlah yang akan dikeluarkan. Pengeluaran barang tidak boleh terlalu banyak atau terlalu sedikit, kerana perkara ini akan merugikan masyarakat itu sendiri. Oleh itu, masalah berapa banyak barang hendak dikeluarkan bergantung kepada kuasa beli masyarakat. (b) Bagaimana cara hendak mengeluarkan barang tersebut. Setelah menyelesaikan masalah pertama, seterusnya masyarakat perlu menentukan cara hendak mengeluarkan barang tersebut. Kaedah pengeluaran yang dipilih mestilah dapat minimakan kos pengeluaran dan dapat memaksimumkan keuntungan. Biasanya terdapat dua kaedah pengeluaran yang boleh dipilih iaitu, kaedah intensif buruh atau intensif modal. (c) Untuk siapa barang dikeluarkan Seterusnya masyarakat harus memikirkan untuk siapa barang itu dikeluarkan. Ini merupakan masalah bagaimana caranya barang itu dapat diagihkan kepada seluruh masyarakat supaya masyarakat dapat memaksimumkan utilitinya. Masalah ini dapat diselesaikan dengan melihat corak agihan pendapatan masyarakat. |
Sunday, 29 April 2012
MASALAH ASAS EKONOMI
Labels:
EKONOMI ASAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment